“Adakah anak saya akan dianugerahkan kerakyatan negara Malaysia?” – Kesulitan yang dihadapi oleh ibu rakyat Malaysia yang hamil di luar negara semasa wabak Covid-19

20 April 2020 | Kaum wanita warganegara Malaysia tidak mempunyai hak yang sama rata untuk memperolehi keanugerahan kerakyatan negara Malaysia untuk anak mereka seperti yang diperolehi oleh kaum lelaki. Permohonan kewarganegaraan untuk anak-anak kepada ibu warganegara Malaysia mesti dibuat dibawah Perkara 15(2); prosedur yang dipenuhi dengan kelewatan sebanyak bertahun-tahun dan penolakan tanpa sebarang penjelasan yang diberikan.

Kempen untuk Kesamaan Kewarganegaraan Malaysia (Malaysian Campaign for Equal Citizenship) ingin menekankan bahawa undang-undang kewarganegaraan yang sedia kini dipenuhi dengan diskriminasi terhadap wanita negara Malaysia dan ini menyebabkan lebih kesusahan kepada mereka terutamanya sekarang semasa kita semua menghadapi cabaran wabak Covid-19.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia mewajibkan kuarantin selama 14 hari bagi sesiapa yang pulang ke tanah air dari luar negara. Ini merupakan cabaran yang sukar bagi wanita yang hamil, terutamanya bagi ibu-ibu yang ingin pulang bersama dengan anak-anak mereka yang lain. Selain daripada itu, PKP membenarkan hanya suami kepada wanita negara Malaysia yang mempunyai Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang (LTSVP) untuk  kembali ke negara Malaysia. Oleh itu, suami yang tidak mempunyai LTSVP tidak boleh menemani isteri mereka pulang ke tanah air dan ini menyebabkan wanita Malaysia yang hamil terpaksa pulang bersendirian ataupun membuat keputusan untuk bersalin di luar negara dan mereka tidak dapat memperolehi bantuan daripada keluarga mereka yang berada di Malaysia.

Penyebaran wabak Covid-19 juga menyebabkan penutupan sempadan negara-negara lain dan juga negara ini untuk jangka masa yang tidak diketahui. Oleh demikian, wanita negara Malaysia yang hamil di luar negara dan yang akan bersalin tidak lama lagi menghadapi dilema dimana mereka terpaksa membuat keputusan sama ada untuk pulang ke Malaysia (diikuti dengan kuarantin 14 hari yang wajib) dan menghadapi risiko kesihatan semasa perjalanan, ataupun mengambil keputusan untuk melahirkan anak mereka di luar negara dan menghadapi risiko dan ketidakpastian sama ada permohonan kewarganegaraan Malaysia untuk anak mereka akan diluluskan.

“Saya telah merancang untuk melahirkan anak saya di Malaysia tetapi oleh sebab Coronavirus, penerbangan juga terhad pada masa kini. Saya mungkin tidak mempunyai pilihan untuk melahirkan anak saya di Malaysia dan ia malang bagi anak saya kerana wanita Malaysia tidak dapat mendapatkan kewarganegaraan Malaysia secara automatik (selepas pendaftaran) untuk anak mereka. Proses ini semakin mustahil.” – Wanita hamil warganegara Malaysia di Jerman.

Seorang lagi wanita warganegara Malaysia di berada di Singapura berpendapat bahawa perjalananya ke Malaysia untuk melahirkan anak dia tidak merupakan pilihan yang ideal kerana suaminya tidak dapat memasuki Malaysia tanpa LTSVP. Wanita tersebut berasa tertekan dan risau untuk melahirkan anaknya bersendirian. Kos kelahiran bayi di Singapura untuk ibu tersebut adalah hampir dua kali ganda disebabkan oleh perubahan saat terakhir kepada perancangan kelahiran.

Undang-undang kewarganegaraan yang sedia kini dengan jelas adalah berkriminasi  terhadap wanita dan ibu warganegara Malaysia, dan tidak memberikan hak yang sama rata dan mengandungi pilihan yang terhad berbanding daripada lelaki warganegara Malaysia.

Walaupun Kerajaan Malaysia sedang mengatasi wabak ini dengan segera, penyelesaian yang adil diperlukan untuk memastikan semua wanita warganegara Malaysia, khususnya ibu warganegara Malaysia untuk menikmati hak yang sama rata.

Oleh demikian, kami menggesa Kerajaan Malaysia dan setiap Ahli Parlimen untuk meminda Perkara 14 dalam Perlembagaan Persekutuan supaya wanita dan ibu warganegara Malaysia boleh diberikan hak yang sama rata didalam keanugerahan taraf kewarganegaraan Malaysia kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Untuk mengatasi keperluan yang desak semasa wabak Covid-19, kami meminta pertimbangan dari Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen untuk meluluskan permohonan kewarganegaraan untuk anak kepada warganegara Malaysia yang lahir di luar negara dimasa krisis Covid-19 sebagai langkah sementara sehingga kesaksamaan dimaktub dalam undang-undang kewarganegaraan Malaysia.

Comments are closed.